1News Online:
Home » » Tanah runtuh banyak banglo terjejas

Tanah runtuh banyak banglo terjejas

Saturday, December 29, 2012 | 7:48 AM



Penduduk kawasan Puncak Setiawangsa di sini gempar apabila sebahagian daripada tebing konkrit setinggi 43 meter di situ runtuh mengakibatkan Jalan Bukit Setiawangsa yang merupakan jalan hubungan utama ditutup kepada kenderaan malam tadi.

Kawasan yang terjejas dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu melibatkan 15 hingga 20 buah rumah banglo di atas kawasan bukit Jalan Puncak Setiawangsa 2 di sini dengan tiga daripadanya berada pada tahap zon kritikal.

Difahamkan, antara rumah yang terjejas milik bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat yang juga ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan seorang warga asing dikenali sebagai Maulana.

Penolong Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Setiawangsa, Fauziah Jamaluddin berkata, penduduk di kawasan yang terjejas telah diarahkan berpindah bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

“Keadaan sekarang sangat bahaya kerana masih berlaku pergerakan tanah. Apa yang kita bimbang ialah lebih banyak rumah lain akan turut terjejas,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam tadi.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger