1News Online:
Home » , , » The Gunners terdesak

The Gunners terdesak

Saturday, December 8, 2012 | 11:11 AM




LONDON - Pemain tengah Arsenal, Mikel Arteta mengakui skuad The Gunners terdesak untuk menghadirkan suasana gembira dalam kalangan penyokong fanatik mereka di Stadium Emirates.

Bagaimanapun, Arteta berkata, Arsenal berpeluang untuk melakukannya jika berjaya menewaskan West Bromwich Albion pada aksi Liga Perdana England malam ini.

Skuad bimbingan Arsene Wenger itu kini melalui detik sukar apabila sekadar memenangi dua daripada sembilan perlawanan terakhir dalam semua pertandingan.

Selepas tujuh tahun gagal memenangi sebarang trofi, kekecewaan para penyokong Arsenal dilihat semakin bertambah.

Sebelum tewas 0-2 di gelanggang sendiri kepada Swansea City penghujung minggu lalu, para penyokong The Gunners mengkritik ahli lembaga pengarah Arsenal kerana gagal menyediakan dana kepada Wenger menjelang musim perpindahan pemain.

"Kejayaan memenangi dua atau tiga perlawanan berturut-turut akan mengubah suasana.

"Kami mahu para penyokong terus berada di belakang kami tetapi mereka berharap kami akan tampil dengan aksi lebih baik bagi menggembirakan mereka.

"Kami perlu menghadiahkan sesuatu dan mereka akan memberi tindak balas. Mereka hadir ke stadium untuk memberi sokongan kepada kami, mereka bukan hadir untuk mengkritik kami kerana mereka mahukan yang terbaik buat kami," jelas Arteta.

Justeru, kemenangan ke atas West Brom sangat penting dan Arteta bertekad untuk melakukan yang terbaik bagi menggembirakan semula para penyokong Arsenal.

"Penyokong berasa kecewa kerana mereka tidak dapat menyaksikan aksi yang diharapkan. Kami marah pada diri sendiri dan berharap, dapat melakukannya malam ini.

"Kami akan melalui tempoh yang sibuk bermula sekarang hingga Krismas nanti.

"Sekiranya kami memenangi dua atau tiga perlawanan berturut-turut, secara 
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger