1News Online:
Home » , » Tiket Separuh Akhir Piala AFF Suzuki Masih Banyak

Tiket Separuh Akhir Piala AFF Suzuki Masih Banyak

Friday, December 7, 2012 | 9:45 PM



KUALA LUMPUR: Orang ramai masih berpeluang mendapatkan tiket menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2012 antara Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Ahad ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)Datuk S.Sivasundaram berkata setakat ini sebanyak 18,000 daripada 85,000 tiket yang disediakan, telah terjual.

"Dalam tempoh kurang lapan jam selepas kaunter dibuka, 10,000 tiket telah dijual di Shah Alam, manakala 8,000 tiket terjual di kaunter Stadium Nasional Bukit Jalil," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata penjualan tiket menyaksikan perlawanan itu begitu menggalakkan dan orang ramai dinasihat untuk membelinya lebih awal.

Sivasundaram berkata sebanyak 65,000 tiket akan dijual di Stadium Nasional Bukit Jalil, manakala bakinya di Stadium Shah Alam.

Harga tiket perlawanan yang akan bermula 8 malam itu, adalah RM40 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak. Tempat duduk adalah bebas.

Perlawanan separuh akhir kedua antara Malaysia bertemu Thailand akan berlangsung di Stadium Supachalasai, Bangkok pada 13 Disember.

Sivasundaram berkata pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan B antara Malaysia menentang Indonesia, sebanyak 70,000 tiket terjual. -BERNAMA
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger