1News Online:
Home » , » Tottenham Menjadi Peminat Serius Wesley Sneijder

Tottenham Menjadi Peminat Serius Wesley Sneijder

Wednesday, December 12, 2012 | 4:11 PM


Sebelum ini Anzhi Makachkala, Fenerbahce, dan Paris Saint-Germain yang sudah menyatakan kesediaan membawa Wesley Sneijder, kelab berasal dari Premier League, Tottenham Hotspur dikabarkan turut dalam perburuan pemain tengah pasukan nasional Belanda ini.

Pemain berusia 28 tahun ini diramalkan akan meninggalkan Internazionale kerana gagal dalam menandatangani kontrak baru dengan klausa kontrak penurunan gaji dari 6 juta euro kepada 4 juta euro. Dia sudah tidak bermain sejak Sepetember kerana cedera dan perselisihan dengan La Beneamata.

Sneijder sebelum ini diberitakan sangat hampir dengan kepindahanya ke PSG, tetapi berita itu hilang begitu saja ketika Carlo Ancelotti secara terang-terangan menolak mengambil bekas pemain Real Madrid tersebut.

Sekarang, Spurs jadi peminat serius, mereka menganggap permainan playmaker Belanda ini sesuai dengan permainan Andre Villas-Boas. Sneijder akan membawa pemain tengah Tottenham yang kehilangan Rafael van Der Vaart dan Luca Modric pada awal musim ini.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger