1News Online:
Home » , , » United diminta lupakan hajat pikat Lewandowski

United diminta lupakan hajat pikat Lewandowski

Wednesday, December 5, 2012 | 9:51 AM


Manchester: Manchester United diminta melupakan terus hasrat untuk menandatangani penyerang Borussia Dortmund, Robert Lewandowski pada perpindahan pertengahan musim, Januari depan.

Awal tahun ini, pengurus United, Alex Ferguson dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain Poland itu.

Biarpun mengakuinya, jurulatih Dortmund, Jurgen Klopp menegaskan bahawa tidak akan berlaku sebarang perpindahan membabitkan pemain itu, bulan depan.

Laporan media Jerman, kelmarin menyatakan bahawa United sudah bersetuju dengan yuran perpindahan bernilai 12 juta pound (RM58.8 juta) untuk membawa Lewandowski ke Old Trafford.

Saya tak takut jika dia meninggalkan kami. Dia akan terus berada di sini pada Januari. United adalah salah satu daripada banyak pasukan yang menunjukkan minat terhadapnya.

Tapi saya tak perlu bimbang kerana kontraknya masih bersama kami. Zaman kelab mewah England datang untuk menarik perhatian pemain terbaik kami keluar dari Jerman sudah berlalu, kata Klopp.
Agensi
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger