1News Online:
Home » , , » United kehilangan khidmat Rooney?

United kehilangan khidmat Rooney?

Friday, December 28, 2012 | 2:57 AM

MANCHESTER - Kemenangan 4-3 Manchester United menewaskan Newcastle United membolehkan kelab itu meraih kelebihan tujuh mata sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris.

Namun, kemenangan itu masih belum menggembirakan Alex Ferguson.

Ferguson memberitahu selepas perlawanan tersebut, Wayne Rooney dilanda kecederaan lutut yang menyebabkan pemain itu tidak dapat beraksi lebih tiga minggu.

Malah, pada perlawanan kelmarin juga Ferguson tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil yang dianggap berat sebelah.

Ferguson dilihat melintasi padang sebelum separuh masa kedua untuk membantah keputusan pengadil Mike Dean kerana menghadiahkan gol kedua buat pasukan pelawat pada minit ke-28.

Ketika insiden itu berlaku, penyerang Newcastle Papiss Cisse telah berada di dalam posisi ofsaid sewaktu Danny Simpson membuat hantaran yang mengenai Jonny Evans hingga menyebabkan pemain United itu menjaringkan gol sendiri.

"Saya rasa ia keputusan yang teruk.

"Malah, Mike Dean memberitahu itu adalah gol sendiri tidak kira sama ada telah ofsaid dan jika anda melihat dalam video memang menunjukkan bahawa dia (Cisse) telah mengganggu permainan.

"Memang jelas penjaga garisan telah mengangkat bendera ofsaid kerana Cisse," kata Ferguson.

Perlawanan kelmarin menyaksikan Newcastle terlebih dahulu memperoleh jaringan melalui James Perch minit keempat, sebelum gol sendiri United manakala satu lagi jaringan diperoleh melalui Demba Cisse minit ke-68.

Empat gol United hadir menerusi Evans minit ke-25, Patrice Evra minit ke-58, Robin Van Persie minit ke-71 dan jaringan kemenangan menerusi Javier Hernandez ketika berakhir separuh masa kedua.

Dalam pada itu, kelebihan tujuh mata yang dimiliki United membolehkan mereka untuk menguasai saingan liga musim ini.

"Ini adalah keberanian yang dipamerkan pasukan. Dalam permainan bola sepak keajaiban luar biasa akan berlaku seperti dalam situasi kami ini.

"Kualiti yang kami ada juga amat bagus dan telah dibuktikan menerusi keberanian," kata Ferguson. - AFP
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger