1News Online:
Home » , , » United Mesti Terus Menang

United Mesti Terus Menang

Saturday, December 15, 2012 | 8:08 PM

Pemain Manchester United, Rafael menggesa rakan-rakan sepasukannya untuk fokus dan teruskan prestasi baik mereka selepas menewaskan Manchester City.

United kini enam mata di hadapan City di liga selepas menewaskan mereka 3-2 Ahad lalu, dengan dua jaringan Wayne Rooney dan jaringan kemenangan Robin van Persie mencukupi untuk memberikan kesemua tiga mata menentang juara musim lalu.

United kini mempunyai peluang untuk bergerak sembilan mata di hadapan City jika mereka berjaya menewaskan Sunderland dan City gagal untuk mengalahkan Newcastle United di St. James Park.

Dan Rafael menggesa pasukannya untuk menggunakan kemenangan Ahad lalu sebagai satu motivasti untuk meragut semua tiga mata menentang Sunderland.

"Sangat penting kami mendapat keputusan yang baik menentang Sunderland," Rafael memberitahu laman web rasmi Manchester United.

"Kami bermain dengan baik minggu lalu, tetapi kami perlu terus menang jika mahu meragut kembali kejuraaan liga.

"Kemenangan atas City adalah satu motivasi untuk kami.

"Apabila anda menang sebuah perlawanan yang hebat seperti perlawanan derbi dengan cara yang seperti kami telah lakukan, ia adalah sebuah perasaan yang sangat hebat."

-ESPN
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger