1News Online:
Home » , , » United rebut Khidmat Walcott

United rebut Khidmat Walcott

Thursday, December 13, 2012 | 8:48 AM

LONDON - Manchester United menyertai saingan untuk merebut khidmat penyerang Arsenal, Theo Walcott, satu tindakan serupa seperti mana perpindahan kontroversi Robin van Persie ke Old Trafford Ogos lalu.

Alex Ferguson berminat untuk mendapatkan pemain kebangsaan England itu, yang kontraknya bakal tamat hujung musim ini.

Walcott difahamkan menjadikan United sebagai destinasi utamanya jika dia meninggalkan Emirates.

Setakat rundingan terakhir 28 Ogos lalu, Walcott masih enggan bersetuju dengan tawaran gaji 75,000 pound (RM369,200) seminggu bagi melanjutkan tempoh perkhidmatan lima tahun bersama Gunners.

Walcott dikatakan berminat untuk kekal, namun mahukan kenaikan gaji berlipat kali ganda mencecah 100,000 pound (RM492,300).

Liverpool, Manchester City dan Chelsea juga berminat, tetapi minat United diperkuatkan dengan keinginan Walcott untuk menyertai pendahulu Liga Perdana itu telah meletakkan skuad Ferguson sebagai pasukan pilihan memperoleh khidmat pemain lincah itu.

Pada masa sama, pengurus Arsenal, Arsene Wenger mempunyai perancangan untuk membeli pemain sayap United, Nani, yang menimbulkan kemungkinan urusniaga secara pertukaran antara kedua-dua pasukan.

Arsenal terdesak menjualkan Walcott bulan depan jika perjanjian baru tidak dipersetujui menjelang 31 Disember, namun bekas bintang Southampton itu tidak mahu dia dipaksa untuk berpindah, selagi tidak mendapatkan kelab yang mahu dihajatinya.

Bos Liverpool, Brendan Rodgers akan melancarkan bidaan pada Januari, namun kehadiran United mengubah landskap masa depan Walcott.

Manakala Chelsea dan City pula sanggup menanti peluang untuk mendapatkan pemain itu secara percuma, apabila bebas daripada ikatan kontrak dengan Arsenal nanti.

Arsenal sanggup membiarkan Walcott pergi pada harga serendah lapan juta pound (RM39.4 juta) memandangkan kontraknya hanya berbaki enam bulan. - AGENSI
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger