1News Online:
Home » , , » Van Persie Menakjubkan

Van Persie Menakjubkan

Tuesday, December 11, 2012 | 10:11 AM


Patrice Evra yakin bahawa Manchester United kini mempunyai pemain tahap antarabangsa sejak Robin van Persie meminta maaf di Southampton.

Sepakan percuma oleh Van Persie pada masa tambahan di Manchester City pada hari Ahad telah membuktikan bahawa bayaran lumayan £24 juta yang telah ditawarakan oleh Alex Ferguson untuk menandatangani penyerang itu pada musim panas, berbaloi.

Setelah menjaringkan sebanyak 14 jaringan gol untuk United pada musim ini, ia hanya membuktikan bahawa taktik Ferguson telah membuktikan diri. Bagi Evra, beliau sedar bahawa pasukan kini mempunyai pemain tahap antarabangsa dalam kemenangan 3-2 di St Mary's pada bulan Ogos di mana Van Persie telah menjaringkan hatrik.

"Robin amat sesuai di Manchester United," Evra memberitahu TalkSPORT. "Apabila beliau menjaringkan hatrik di Southampton, beliau juga telah melepaskan sepakan penalti.

"Beliau telah meminta maaf kerana gagal untuk memanfaatkan penalti itu di bilik persalinan. Ia hanya menonjolkan kelaparan dan sikap beliau untuk menang.

"Beliau bukan hanya berjuang untuk diri sendiri, tetapi untuk pasukan dan ingin membantu kami menang."

Walaupun Ferguson telah menyokong kenyataan Evra tentang kesan Van Persie dalam pasukan, beliau tidak menghamburkan sebanyak pujian terhadap Wayne Rooney.

Rooney merupakan satu-satunya pemain senior dalam kesebelasan pasukan di Reading yang telah berlangsung setelah kekalahan Liga Juara-Juara kepada Cluj dan Ferguson menyatakan bahawa pemain yang berusia 27 tahun itu perlu kembali ke tahap kecergasan penuh setelah dikecualikan akibat masalah tonsillitis.

Namun, ia hanya membuktikan bahawa taktik Ferguson mampu membuahkan hasil kerana Rooney telah menjaringkan sebanyak empat kali dalam seminggu untuk menambahkan jumlah gol beliau pada musim ini ke tujuh.

"Beberapa orang telah mengkritik Wayne pada awal musim ini dan meragukan kebolehan beliau untuk menjaringkan gol," Evra berkata.

"Beliau telah menyumbangkan dua gol dan hari ini (Ahad), beliau turut menjaringkan lagi dua. Beliau adalah pemain yang penting dalam pasukan."

Rooney kini disertakan bersama Alan Shearer, Andy cole, Robbie Fowler, Thierry Henry dan Frank Lampard untuk menjadi pemain ke enam menjaringkan sebanyak 150 gol Liga Perdana.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger