1News Online:
Home » , , » Van Persie merendah diri

Van Persie merendah diri

Thursday, December 13, 2012 | 8:43 AM

MANCHESTER - Robin van Persie mengukuhkan cengkaman selaku penyerang No.1 Manchester United, namun itu tidak menghalangnya daripada mendapatkan inspirasi daripada rakan sepasukan, Javier Hernandez.

Penggempur Belanda itu sudah meledak 11 gol Liga Perdana setakat ini, tetapi dia tetap merendah diri.

Katanya, dia masih perlu belajar daripada dua rakan sepasukan yang lebih muda, Hernandez dan Danny Welbeck.

Ditanya apakah jenis pengajaran yang boleh dipelajari, kata Van Persie: "Masing-masing boleh belajar antara satu sama lain.

"Sebagai contoh, saya kagum dengan kesungguhan Chicharito. Saya kagum bagaimana dia beraksi dan berlatih serta kerja tambahan yang dia lakukan walaupun selepas latihan.

"Beberapa minggu lalu, dia tidak banyak bermain, namun dia tetap berlatih di gim setiap hari dan sikap begitu wajar dicontohi oleh semua.

"Begitu juga Danny. Dia tidak diturunkan pada posisi kegemaran buat masa ini namun dia tahu dia diperlukan bila-bila masa, jadi bekerja keras.

"Apabila anda memiliki barisan empat penyerang yang begitu profesional, ia menyampaikan mesej jelas kepada mereka yang lain.

"Kami berada dalam satu pasukan, jadi semua perlu memainkan peranan masing-masing." - AGENSI
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger