1News Online:
Home » , , » Vermaelen Paksa Arsenal

Vermaelen Paksa Arsenal

Thursday, December 20, 2012 | 9:42 AM



LONDON - Kapten Arsenal, Thomas Vermaelen mendesak ahli lembaga pengarah kelab untuk melakukan apa sahaja bagi mempertahankan bintang muda England, Theo Walcott.

Masa depan Walcott di Stadium Emirates masih tidak menentu selepas perbincangan mengenai kontrak baharu yang dilakukan sejak beberapa bulan lalu gagal mencapai persetujuan bersama pemain berusia 23 tahun itu.

Kontrak asal Walcott akan tamat akhir musim ini.

Walcott membuktikan bahawa dia masih bernilai buat pengurus Arsenal, Arsene Wenger di Stadium Madejski awal pagi selasa lalu.

Walcott bermain dengan baik di posisi penyerang tengah seperti mana yang diinginkan dan menjaringkan gol terakhir ketika skuad The Gunners menewaskan Reading 5-2.

Selepas Robin van Persie berpindah ke Manchester United awal musim lalu dan Samir Nasri menyertai Manchester City tahun lalu dalam situasi yang sama, Vermaelen tidak mahu Walcott menjadi pemain berstatus bintang terbaharu meninggalkan kelab itu.

"Sudah tentu, kami mahu dia kekal tetapi ia adalah sesuatu yang berkaitan dengan pemain dan kelab," kata Vermaelen.

"Saya tidak tahu apa yang berlaku di belakang tabir. Kami tidak bercakap mengenainya kerana ia sering berlaku dalam arena bola sepak.

"Ia berlaku kepada van Persie pada musim panas lalu. Ahli lembaga pengarah dan kelab perlu memainkan peranan bagi mempertahankan Walcott. Kami tidak mampu untuk melakukannya.

"Walcott menjadi pemain yang sangat bernilai buat kami apabila dia bermain tahun ini. Dia sangat berbahaya buat kami, mampu menyesuaikan diri dengan pasukan dan saya berharap dia akan kelak di sini (Stadium Emirates) tahun depan." - Agensi
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger