1News Online:
Home » » Villa Tidak Akab Berpindah

Villa Tidak Akab Berpindah

Saturday, December 29, 2012 | 7:44 AM


MADRID - David Villa merupakan pemain penting dalam skuad Barcelona, kata rakan sepasukannya Andred Iniesta di tengah-tengah spekulasi bahawa penyerang Sepanyol itu akan berpindah pada musim perpindahan Januari ini.

Menurut laporan media Britain baru-baru ini, jurulatih Chelsea, Rafa Benitez mahu mendapatkan khidmat Villa secara pinjaman sehingga hujung musim ini bagi membolehkan pemain tersebut bergandingan dengan teman senegaranya, Fernando Torres dalam kelab Liga Perdana Inggeris pada posisi depan.

"Saya tidak tahu jika ada kebarangkalian dia akan meninggalkan kelab, saya sebenarnya sama sekali tidak berfikir begitu.

"Secara peribadi saya tidak rasa perkara ini akan berlaku kerana Villa merupakan pemain penting untuk Barca," kata pemain tengah itu yang dipetik daripada media Sepanyol.

Villa kembali beraksi pada awal musim ini selepas pulih daripada kecederaan patah kaki sewaktu menyertai Piala Kelab Dunia, Disember tahun lalu tetapi tidak kerap disenaraikan dalam kesebelasan utama sejak jurulatih baru Barca, Tito Vilanova menjadi pengendali kelab itu.

Penjaring terbanyak Sepanyol berusia 31 tahun itu berada dalam skuad utama untuk enam daripada 17 perlawanan La Liga dan hanya tampil sekali daripada enam pertemuan Liga Juara-Juara serta menjaringkan lima gol secara keseluruhannya.

Dia menyertai Barca dari Valencia pada penghujung 2009/10 dan membantu kelab memenangi La Liga. - REUTERS
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger