1News Online:
Home » , , » Walcott tiada dalam perancangan Arsenal

Walcott tiada dalam perancangan Arsenal

Thursday, December 20, 2012 | 9:47 AM



LONDON - Tatkala Arsenal bersedia mengumumkan lima bintang muda mereka yang bakal menandatangani kontrak baru, namun Theo Walcott hilang daripada senarai tersebut.

Bintang tengah, Jack Wilshere mengetuai senarai dengan bersetuju menyambung kontrak lima tahun dan menerima gaji mingguan 80,000 (RM392,000). Alex Oxlade-Chamberlain, Kieran Gibbs, Aaron Ramsey serta Carl Jenkinson juga sudah bersetuju dengan terma masing-masing.

Pengurus, Arsene Wenger berharap keputusan Wilshere, 20, untuk meneruskan komitmen bersama kelab London itu mampu mempengaruhi Walcott untuk kekal di Emirates.

Permintaan Walcott, 23, untuk beraksi sebagai penyerang tengah akhirnya ditunaikan oleh Wenger ketika Arsenal menumpaskan Reading 5-2 kelmarin, di mana dia meledakkan gol terakhir.

Walcott juga mahu Wenger memberikan peranan penyerang utama secara berterusan, selain percaya nilai sebenarnya adalah lebih tinggi daripada 75,000 pound (RM367,5000) seminggu yang diterima sekarang.

Sekiranya Arsenal bersetuju untuk menawarkan 85,000 (RM416,500) seminggu, maka besar kemungkinan dia akan kekal.

Rakan-rakan rapat Walcott menegaskan, pemain itu sebenarnya lebih gemarkan opsyen untuk kekal bersama Arsenal.

Pertahanan kiri England, Gibbs, 23, memiliki baki kontrak 18 bulan, manakala Oxlade-Chamberlain, yang menyertai Arsenal dengan bayaran perpindahan 12 juta pound (RM58.8 juta) dari Southampton pada Ogos, 2011 diberi ganjaran atas kecemerlangannya bersama Gunners.

Oxlade-Chamberlain, 19, mendapat tempat dalam skuad England pada Kejohanan Eropah (Euro) 2012 dan memiliki sembilan cap bersama skuad kebangsaan.

Pemain Wales, Ramsey berdepan detik mengecewakan apabila patah kaki kanan hampir tiga tahun lalu, namun Wenger tetap mempunyai keyakinan tinggi terhadap pemain berusia 21 tahun itu.

Ketiga-tiganya dipercayai telah bersetuju untuk menikmati gaji mingguan di antara 40,000 pound (RM196,000) hingga 50,000 pound (RM245,000).

Pertahanan kanan, Jenkinson, 20, bersetuju menerima gaji 32,000 pound (RM147,000) seminggu bulan lalu, namun kontraknya hanya akan disahkan minggu ini. - AGENSI
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger