SEATTLE - Beratus-ratus orang dilihat menghisap ganja di
sini selepas penggunaan dadah itu dibenarkan di negeri Washington, Amerika
Syarikat (AS).
Pengambilan ganja bukan lagi satu jenayah di Washington
berkuat kuasa selepas pukul 12 malam Khamis lalu susulan keputusan satu
referendum mengenainya pada bulan lalu.
Negeri berkenaan bersama Colorado menjadi dua negeri pertama
AS yang membenarkan pengunaan ganja.
Secara teknikal, undang-undang baharu itu masih melarang
pengunaan ganja di tempat awam dengan denda akan dikenakan terhadap mereka yang
melanggar peraturan itu. - Agensi
Post a Comment