1News Online:
Home » , , » Wenger akan beli pemain yang luar biasa sahaja jika ada

Wenger akan beli pemain yang luar biasa sahaja jika ada

Thursday, December 27, 2012 | 4:06 AM

LONDON - Bos Arsenal, Arsene Wenger memberi kiasan bahawa dia hanya akan membeli pemain baru bulan depan jika menemui pemain yang 'luar biasa' selepas pasukannya melakar kemenangan ketiga berturut-turut yang menjulang kembali Gunners ke kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris.

Wenger membuka ruang kepada penyokong untuk membidasnya selepas memberi isyarat bahawa dia tidak akan berbelanja besar bulan depan.

Sebaliknya Wenger berkata, dia hanya akan menyertai pembelian besar untuk pemain yang luar biasa, kenyataan yang mengecewakan harapan penyokong.

Walaupun Wenger mempunyai peruntukkan besar untuk dibelanjakan, dia mungkin menunggu sehingga musim panas depan setelah pasukannya mencatat tiga kemenangan berturut-turut dan naik ke kelompok empat teratas.

Katanya: "Kami hanya akan membuat pembelian jika kami menemui pemain yang benar-benar memberikan kekuatan kepada kami kerana kami sudah pun mempunyai skuad yang bagus.

"Namun jika kami menemui pemain yang luar biasa, kami akan membelinya.

"Kami masih kurang pada bahagian serangan (ketika menang 1-0 ke atas Wigan hujung minggu lalu), namun kami menang kerana semangat kami untuk menang."

Wenger dijangka menandatangani semula ikon Gunners, Thierry Henry menerusi pinjaman jangka pendek dari New York Red Bulls, namun ia tidak cukup untuk melegakan penyokong.

Arsenal mahu memantapkan posisi serangan dan tengah namun Wenger tidak mempunyai sasaran besar pada tempoh perpindahan pemain Januari ini.

Sasaran No.1 Arsenal, iaitu pemain Schalke yang juga penyerang Belanda, Klaas-Jan Huntelaar telah menandatangani kontrak baru dalam Bundesliga.

Namun pemain Atletico Madrid, Adrian Lopez, David Villa dari Barcelona dan pemain Newcastle, Demba Ba kesemuanya dalam radar Wenger.

Mereka juga berdepan saingan daripada Manchester United dan Spurs untuk khidmat Wilfried Zaha, dengan pemain muda Crystal Palace itu mungkin memilih di antara United dan Gunners.

Arsenal dilihat bakal mengeluarkan Andrey Arshavin dan Marouane Chamakh pada bulan depan ketika Wenger mahu memantapkan skuadnya. - AGENSI
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger