1News Online:
Home » , , » Wenger Akan Terus Usaha Mengejar Kejuaraan

Wenger Akan Terus Usaha Mengejar Kejuaraan

Tuesday, December 11, 2012 | 4:02 PM

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger yakin bahawa pasukan masih mempunyai peluang tipis untuk menang Kejohanan Liga Perdana Barclays pada musim ini.

Pasukan Gunners telah bangkit semula dengan kemenangan ketiga mereka dari sepuluh perlawanan dalam semua pertandingan di mana mereka telah menewaskan West Brom 2-0 sekaligus meningkatkan kedudukan mereka ke tempat ke tujuh dalam kedudukan dengan 24 mata.

Walaubagaimanapun, Arsenal kini berada jarak 15 mata di belakang pasukan juara liga Manchester United; pasukan Red Devils telah mengekalkan prestasi untuk kekal di tempat utama setelah menang 3-2 dengan Manchester City pada hari Ahad di mana bekas pemain Gunners, Robin van Persie telah menjaringkan gol kemenangan dalam masa tambahan.

Walaupun kededua Arsenal dan United mempunyai jarak mata yang besar, Wenger tetap menegaskan bahawa pasukan masih boleh meraih kejohanan Liga Perdana jika mereka mengekalkan prestasi.
"Jarak mata dengan tempat utama agak besar, tetapi ia masih boleh dicapaikan," Wenger memberitahu Arsenal Player.

"Keputusan pada hujung minggu amat menarik.

"Ia telah menunjukkan pasukan bahawa mereka mampu meningkat jika mereka mengekalkan prestasi.
"Dari itu, ia amat penting untuk kami kekal konsisten.

Wenger turut memberikan kenyataan beliau tentang perlawanan derbi Manchester dan mengakui bahawa beliau berpendapat bahawa kededua pasukan akan terikat seri.

"Perlawanan derbi Manchester amat hebat dan keputusan seri mungkin sesuai untuk kededua pasukan," Wenger menambah.

"Manchester City kembali bangkit - mereka telah mulakan permainan dengan kuat - tetapi Man United telah menonjolkan kemampuan di bahagian depan."

Wenger akan menumpukan perhatian kepada saingan Piala Capital One di mana Gunners akan bertemu Bradford dalam peringkat suku akhir pada hari Selasa.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger