1News Online:
Home » , , » Wenger - Arsenal bebas daripada krisis dalaman

Wenger - Arsenal bebas daripada krisis dalaman

Wednesday, December 5, 2012 | 9:36 AM


LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menegaskan bahawa pasukan kendaliannya itu tidak berada dalam situasi krisis.

Beliau juga mendakwa pasukannya itu berada dalam momentum terbaik selepas layak ke pusingan kedua kalah mati Liga Juara-Juara berbanding Manchester City yang sudah pun terkeluar.

"Kami mempunyai 23 lagi perlawanan Liga Perdana England (EPL) untuk bangkit. Tetapi apabila anda sudah terkeluar daripada Liga Juara-Juara, maka anda telah tersingkir.

"Ia sangat bergaya berada di Arsenal kerana kelab ini sememangnya sangat hebat," kata Wenger.

Katanya lagi, struktur pasukan mereka sangat kuat yang telah dibina bertahun-tahun lamanya. Mereka juga kukuh dalam situasi kewangan serta mentaliti pemain yang sangat baik.

"Saya faham jika sesetengah orang yang menyangkal dakwaan itu, namun ia adalah fakta," jelas Wenger.

Arsenal kini sudah pun melayakkan diri ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara.

Bagaimanapun, Wenger sedikit tertekan dengan kedudukan ke-10 pasukannya dalam EPL selepas hanya mencatat satu kemenangan dalam enam penampilan terakhir.

Mereka kini 12 mata di belakang pasukan tangga kedua, City tetapi Wenger yakin pasukannya lebih baik kerana barisan Roberto Mancini itu sudah terkeluar daripada saingan Liga Juara-Juara.

Dalam perlawanan terakhir Liga Juara-Juara semalam, Wenger merehatkan 11 pemain senior bagi membolehkan mereka cergas dalam aksi EPL, Sabtu ini menentang West Brom. - Agensi
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger