The Gunners tidak begitu memuaskan dalam Liga Perdana pada
musim ini, setelah hanya memungut 21 mata dari 15 permainan dan pasukan
bimbingan Wenger itu berada di tempat ke sepuluh dalam kedudukan.

Walaubagaimanapun, setelah Arsenal mendapat tajaan lumayan
dari Emirates, Wenger dipercayai telah diberikan £50 juta untuk digunakan dalam
musim pemindahan akan datang dan mengikut the Sun, pengurus Perancis itu sedang
mengintai Ba sebagai tambahan yang terbaik untuk dimasukkan dalam skuad.
Penyerang Senegalese itu menyerlah di Newcastle sejak
disertakan masuk kelab itu pada tahun 2011 dan telah menjaringkan sebanyak 16
gol dalam 36 permainan pada musim lalu untuk membantu pasukan Magpies mendapat
tempat ke lima dalam liga.
Ba turut memuaskan di Newcastle pada musim ini setelah
menyumbang sepuluh gol dalam 15 permainan liga dan pencapaian itu telah
menjadikan beliau sebagai sasaran utama kepada beberapa pasukan hebat seperti
Liverpool, Chelsea dan kini Arsenal.
Walaupun telah menarik perhatian ramai, Ba yang masih
berbaki setahun dalam kontrak, telah memberitahu kakitangan Newcastle bahawa
beliau ingin kekal di kelab walaupun keadaan tampil berubah jika rundingan kontrak
bersama pemain yang berusia 27 tahun itu tidak dapat diselesaikan.
Ia tidak meragukan bahawa Wenger terpikat dengan penyerang
itu kerana Ba mempunyai terma kontrak bernilai serendah £7.5 juta dalam kontrak
Newcastle dan pasukan Gunners bersedia menawar £60,000 setiap minggu untuk
bekas pemain Hoffenheim itu.
Ba disifatkan sebagai wira untuk pasukan Magpies sekali lagi
pada hari Isnin setelah beliau menyelamatkan pasukan dan dijangka akan
melakukan yang sama apabila Newcastle bertemu Fulham di Craven Cottage dalam
perlawanan liga seterusnya.
Post a Comment