1News Online:
Home » , , » Wenger Janji kepada penyokong

Wenger Janji kepada penyokong

Monday, December 3, 2012 | 10:05 AM


LONDON: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger memberitahu peminat kelab itu beliau akan mengembalikan semula keceriaan ke kelab itu selepas Swansea menundukkan mereka 2-0 di Stadium Emirates, kelmarin.

Kekalahan Sabtu lalu mencetus protes di luar stadium itu oleh beratus-ratus penyokong yang marah dengan tindakan ahli lembaga pengarah kelab sering menjual pemain bintang kepada kelab pencabar Liga Juara-Juara.
 
Arsenal turut diejek selepas wisel penamat, keputusan yang menyaksikan mereka merudum ke tangga ke-10 Liga Perdana Inggeris, tiga anak tangga di belakang Swansea, namun Wenger yakin beliau boleh mengemudi kelab itu mengatasi masalah semasa.

“Saya memegang jawatan ini untuk mengubah keadaan dan saya yakin kerana kami mempunyai pemain berkualiti dengan semangat dalam pasukan, jadi ini adalah masanya untuk bersatu hati,” katanya.


“Ketika ini kami konsisten jika beraksi di gelanggang lawan, keputusan kami positif, tapi di laman sendiri kami tidak mempamerkan persembahan sejak awal musim seperti yang anda harapkan daripada kami dan itulah sebabnya kami perlu mencari jalan penyelesaian.


“Ketika ini, kami bermain bagaikan menggunakan brek tangan di laman sendiri dan ia tidak bagus. Mungkin ada masalah psikologi juga yang menjadi salah satu punca persembahan kami merosot.

“Sudah tentu ia menyakitkan tapi saya tidak begitu bimbang mengenai kedudukan ketika ini, walaupun tangga ke-10 bukanlah tempat yang mahu kami huni.” - AFP
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger