1News Online:
Home » , , » Wenger kecewa setelah kempunan pikat Huntelaar

Wenger kecewa setelah kempunan pikat Huntelaar

Tuesday, December 25, 2012 | 1:14 PM




LONDON - Klaas-Jan Huntelaar (gambar) mengecewakan harapan pengurus Arsenal, Arsene Wenger apabila melanjutkan kontrak baharu selama dua tahun bersama kelab Jerman, Schalke 04 semalam.

Penyerang antarabangsa Belanda yang menjadi idaman Wenger memperkuatkan The Gunners ketika jendela perpidahan pemain dibuka semula Januari depan itu membuat keputusan kekal di Schalke sehingga Jun 2015.

"Telah lama saya memikirkan perkara ini dan cukup bertuah kerana pengurus di Schalke benar-benar memahami dan memberikan saya peluang untuk membuat keputusan.

"Saya gembira dengan keputusan ini, sejujurnya saya selesa beraksi di sini kerana faktor persekitaran dan juga peminat.

"Kini, saya mahu membantu kelab melakar kejayaan bermakna dan percaya mampu melakukannya berdasarkan kedudukan kami di tangga kedua Bundesliga ketika ini, selain berjaya ke pusingan kalah mati kempen Liga Juara-Juara berdepan Galatasaray selepas ini," katanya.

Untuk rekod, Huntelaar sebelum ini berhijrah ke Schalke dari AC Milan pada Ogos 2010.

Selepas sekadar meledak lapan gol pada aksi sulung bersama Schalke, dia kembali menemui sentuhan sebenar apabila muncul penjaring terbanyak Bundesliga dengan 29 gol musim lalu.

Huntelaar yang meledak 11 gol dalam 25 perlawanan musim ini berada dalam radar Arsenal bagi memperkuatkan jentera serangan.

Ia ekoran The Gunners hanya memiliki seorang penyerang iaitu Olivier Giroud manakala Lukas Podolski lebih selesa beraksi di bahagian sayap.

Seorang lagi penyerang, Marouane Chamakh pula masih gagal mempamerkan aksi sebenar dan dijangka dijual Wenger pada bila-bila masa. - Agensi
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger