1News Online:
Home » , , » Wenger kekal positif setelah kekalahan

Wenger kekal positif setelah kekalahan

Wednesday, December 5, 2012 | 3:43 PM

Arsene Wenger kekal positif walaupun pasukan ditewaskan 2-1 kepada Olympiacos sekaligus menghapuskan peluang untuk mendapat tempat utama dalam Kumpulan B.

Setelah menjaminkan tempat dalam peringkat seterusnya lebih awal setelah keputusan seri dalam perlawanan sebelum itu, pengurus Arsene Wenger telah mengecualikan kesebelasan pasukan selaku pemain pertahanan yang berusia 20 tahun, Jernade Meade membuat penampilan pertama di Eropah.

Walaupun pemain tengah Czech Tomas Rosicky telah membawa pasukan ke hadapan pada minit ke 38, pasukan lawan cekap membalas balik dengan usaha penuh kontroversi oleh Giannis Maniatis dan tendangan kencang oleh pemain gantian Kostas Mitroglou untuk meninggalkan Wenger bimbang dengan masa depan pasukan - yang kini belum menang dalam empat permainan sebelum itu dan telah merosot dalam kedudukan Liga Perdana.

Kekalahan itu, termasuk keputusan seri antara Schalke dan Montpellier, telah mengekalkan Gunners di tempat kedua di belakang pasukan Bundesliga.

Walaupun Wenger kelihatan berang dengan gol pertama Olympiacos, beliau turut mempunyai beberapa kritikan tentang persembahan apsukan.

"Ia merupakan perlawanan yang hebat," beliau memberitahu ITV1.

"Kami beraksi dengan baik dalam babak pertama dan telah merangkul beberapa peluang untuk mendapat gol kedua tetapi kami gagal. Kami memerlukan gol kedua.

"Pemain muda dalam skuad telah bermain dengan baik dan itu adalah sebuah perkara yang positif. Kini, kami akan menantikan keputusan tetapi ia tampil lebih hebat jika anda mampu mendapat tempat pertama (dalam kumpulan).

"Ia bukan keputusan yang membuahkan hasil tetapi kami mendapat beberapa perkara positif.
Kekalahan di Stadium Georgios Karaiskakis untuk kali kedua berturut-turut bersama keputusan seri antara Schalke dan Montpellier bermakna bahawa Arsenal akan melangkah masuk peringkat kalah mati Liga Juara-Juara.

-ESPN
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger