1News Online:
Home » , , » Wenger: Saya paling tepat untuk The Gunners

Wenger: Saya paling tepat untuk The Gunners

Saturday, December 15, 2012 | 8:01 PM


Arsene Wenger yakin beliau masih jurulatih yang paling tepat untuk bantu Arsenal berjaya.
Pengurus berasal dari Perancis itu telah dikritik ramai baru-baru ini selepas Arsenal ditewaskan oleh Bradford City dan tersingkir dari Piala Capital One.

Wenger telah gagal untuk memenangi sebarang trofi di Arsenal sejak Piala FA pada tahun 2005 dan ramai merasakan sudah tiba masanya untuk beliau meletakkan jawatan.
Walaubagaimanapun, Wenger menegaskan beliau masih lapar untuk kejayaan bersama Arsenal.

"Tugas saya adalah untuk berikan yang terbaik dan mendahulukan apa yang penting. Apa yang penting adalah saya cintai bolasepak, saya cintai kelab ini dan saya berikan yang terbaik untuk kelab ini. Perkara yang lain, saya tidak boleh mengubah," Wenger berkata.

"Percayalah, saya sangat lapar untuk kejayaan dan jika saya tidak, saya tidak akan berada di sini sekarang."

-ESPN
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger