1News Online:
Home » , , » Wenger sering tertekan kebelakangan ini

Wenger sering tertekan kebelakangan ini

Friday, December 14, 2012 | 11:09 AM

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger meminta maaf ke atas keputusan lalu dan mengakui sering tertekan untuk mengembalikan kejayaan ke Arsenal.

Pengurus Perancis itu akan melalui salah satu cabaran paling sukar dalam kerjaya beliau selama 16 tahun pada musim ini setelah Gunners tersingkir dari Piala Capital One di Bradford baru-baru ini termasuk prestasi yang kurang memuaskan dalam Liga Perdana Barclays.

Ketua eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis telah meminta maaf kepada para penyokong untuk keputusan lemah baru-baru ini dan bertekad untuk membantu Wenger lebih mengukuhkan skuad pada bulan Januari.

Sebelum kekalahan di Bradford pada tengah minggu ini, Wenger telah memberitahu fourfourtwo.com tentang tekanan untuk membawa kejayaan kepada kelab.

"Saya sentiasa tertekan untuk memberikan keputusan yang baik," beliau berkata.

"Anda hanya mampu berjaya jika anda sering meningkat. Kini, permainan tampil lebih mencabar. Dengan pasukan seperti Cheslea dan Man City, saya merasakan bahawa kami harus mengambil kesempatan ke atas kelebihan kami," Wenger memberitahu laman web itu.

"Anda mampu mendapat yang terbaik jika anda yakin bahawa apa yang dilakukan adalah yang terbaik.

"Kami memberikan peluang kepada pemain muda dan mencipta cara permainan yang dipercayai, terbaik untuk kelab. Jika ia berbaloi, kami akan tampil lebih konsisten di tahap yang tinggi dan boleh meningkatkan keyakinan.

"Mungkin kami kurang meraih kemenangan baru-baru ini, namun kami telah mengekalkan tempat sebagai salah satu pasukan teratas dan kami hampir menang kejohanan atau Liga Juara-Juara."

Bekas pemain tengah Arsenal, Stewart Robson - yang telah bermain di kelab dari 1981 hingga ke 1986 - merasakan bahawa Wenger telah mempengaruhi Arsenal dengan positif.

"Saya bertanggungjawab untuk kelab dan apabila anda kekal di kelab yang sama selama 16 tahun, anda akan dikatakan sebahagian dari sejarah mereka."

-ESPN
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger