1News Online:
Home » , , » Wenger siasat Cazorla jatuhkan badan

Wenger siasat Cazorla jatuhkan badan

Monday, December 10, 2012 | 10:05 AM


LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata, dia akan meneliti insiden yang membawa kepada sepakan penalti ketika Gunners meraih kemenangan 2-0 ke atas West Bromwich Albion, semalam.

Wenger memberitahu akan berbincang dengan lebih lanjut bersama Santi Cazorla, berhubung dakwaan pemainnya itu menjatuhkan badan dalam kawasan penalti.

Insiden melibatkan Cazorla itu berlaku pada minit ke-26 di Stadium Emirates dengan ulang tayang rakaman menunjukkan pemain tersebut jatuh tanpa disentuh pemain lawan, Steven Reid.

Mikel Arteta menjaringkan gol penalti tersebut dan Gunners menambah satu lagi jaringan pada minit ke-64 juga menerusi penalti selepas Alex Oxlade-Chamberlain dijatuhkan oleh Chris Brunt.

"Sudah tentu saya akan melihatnya, jangan bimbang. Kami agak bertuah ketika penalti yang pertama.

"Saya minta maaf jika ia bukan penalti namun saya telah bercakap dengan Santi namun dia mendakwa disentuh hingga hilang keseimbangan.

"Ia adalah keputusan yang sukar kerana ia boleh digunakan untuk menentang anda.

"Apa yang saya maksudkan ketika dia disentuh, ini menyebabkan dia terjatuh dan pengadil berhak untuk memberikan penalti atau sebaliknya," kata Wenger.

Sementara itu, Wenger turut memuji pemain tengahnya Jack Wilshere yang baru pulih daripada kecederaan.

"Dalam perlawanan ini dia (Wilshere) menunjukkan peningkatan.

"Anda dapat lihat pada minggu ini semasa latihan peningkatan yang dipamerkan amat baik.

"Ini adalah apa yang anda perlu terima dalam permainan bola sepak apabila anda mempunyai sesuatu, anda perlu bersabar bagi melihat tahap peningkatan," kata Wenger. - AFP
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger