1News Online:
Home » , , » Wenger yakin Walcott Lanjutkan Kontrak

Wenger yakin Walcott Lanjutkan Kontrak

Monday, December 31, 2012 | 7:52 AM

LONDON - Arsene Wenger mengakui, dia mampu meyakinkan Theo Walcott supaya kekal di Arsenal selepas pemain bintang England itu melakukan hatrik ketika membelasah Newcastle di Emirates semalam.

Gunners mencatat kemenangan 7-3 ke atas Newcastle untuk kemenangan keempat berturut-turut sejak tersingkir daripada saingan Piala Liga kepada pasukan Liga Dua, Bradbord City.

Paling mencuri tumpuan adalah persembahan mantap Walcott di bahagian serangan, pemain 23 tahun itu berjaya membuka jaringan pada separuh masa pertama sebelum menambah dua lagi gol untuk memberikan mata penuh buat pasukan dari utara London itu.

Bekas pemain Southampton itu perlu menandatangani kontrak baru untuk mengekalkannya di Emirates sehingga akhir musim selepas tawaran kontrak baru yang telah dipertingkatkan.

Bagaimanapun, Wenger berpuas hati dengan aksi Walcott, malah pengendali dari Perancis itu yakin persetujuan bersama pemain tersebut akan tercapai.

"Dia telah melakukan kerja dengan baik sekali dan ia menggambarkan kepada saya apa yang mampu dia lakukan. Dia mampu beraksi di tengah, dia hanya mampu menjadi kuat di situ.

"Saya percaya dia telah menjadi seorang peledak yang bagus. Dia telah banyak belajar kerana dia seorang pemain yang bijak dan kerana kebijakan itu dia akan terus mempertingkatkan permainannya," katanya.

Arsenal mendahului pada minit ke-19 selepas Lukas Podolski melakukan hantaran kepada Walcott dan pemain itu menyudahkan dengan baik menewaskan Tim Krul.

Bagaimanapun, kelemahan Arsenal jelas kelihatan sebelum rehat selepas mereka membenarkan Newcastle kembali dalam permainan, apabila sepakan percuma Demba Ba terkena Jack Wilshere sebelum bola menerjah jaring.

Separuh masa kedua dihidangkan dengan aksi jaringan gol di mana Arsenal hanya mengambil masa selama lima minit untuk berada di depan. Santi Cazorla melakukan hantaran kepada Oxlade Chamberlain sebelum pemain muda itu tenang menyudahkan umpanan tersebut.

Newcastle menyamakan kedudukan 10 minit selepas Sylvain Marveuax menampan masuk hasil gerakan menarik Gabriel Obertan.

Podolski memberi kelebihan kepada Arsenal semula selepas menyudahkan hantaran silang Wilshere, namun satu lagi gol dari Ba yang merupakan jaringannya yang ke 13 musim ini menjadikan kedudukan terikat 3-3.

Walcott menunjukkan belangnya dengan menyudahkan hantaran Kieran Gibbs. - AFP
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger