1News Online:
Home » , , » Williams yakin sekat RVP

Williams yakin sekat RVP

Tuesday, December 18, 2012 | 4:01 PM

Pemain pertahanan Swansea, Ashley Williams yakin bahawa pasukan mampu mengatasi penyerang United, Robin van Persie dalam pertemuan akan datang.

Van Persie merupakan salah satu pemain baru dalam United pada musim ini.

Pemain antarabangsa Belanda itu yang telah menyertai Red Devils dari Arsenal pada musim panas untuk bayaran lumayan £24 juta, telah menjaringkan sebanyak 12 gol dalam Liga Perdana pada musim ini sebelum digelarkan sebagai wira dalam kemenangan 3-1 menentang Sunderland pada hujung minggu yang lalu.

Pemain yang berusia 29 tahun itu telah mempaparkan persembahan yang menakjubkan sekaligus membantu United meningkat ke tempat utama dengan 42 mata. Pasukan kini berada jarak enam mata di atas pencabar terdekat, Manchester City. Pasukan bimbingan Alex Ferguson itu juga dikatakan sebagai pilihan kegemaran untuk menang pada musim ini.

Walaubagaimanapun, kededua United dan Van Persie terpaksa melalui ujian apabila mereka ke Liberty Stadium untuk bertemu Swansea yang baru kalah 1-0 kepada Tottenham Hotspur baru-baru ini.

Williams, yang merupakan salah satu pemain yang telah menyerlah dalam pertembungan Swans dengan Lilywhites, mendedahkan bahawa pasukan telah menubuhkan rancangan untuk mengatasi Van Persie dalam permainan.

"Van Persie dijangka akan berjuang dari minit pertama dan bakal bermain dengan penuh keyakinan jadi kami harus menghalang beliau dari menjaringkan gol," Williams berkata kepada the Mirror.
"Beliau dijangka akan menciptakan beberapa peluang jadi saya berpendapat bahawa kami harus menguasai awal perlawanan.

"Beliau sudah jelas salah seorang penyerang terbaik dalam Liga Perdana.

"Beliau adalah seorang pemain yang handal dalam segi teknik. Anda dapat menyaksikan kebolehan beliau untuk menjaringkan gol and adalah salah seorang penyerang terbaik yang telah saya menentang pada musim lalu.

"Anda telah menyaksikan Manchester United beberapa kali jadi anda sedar akan kemampuan pasukan - ia pasti mencabar untuk menghalang mereka."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger