1News Online:
Home » , , » Young: Rio mungkin cedera teruk

Young: Rio mungkin cedera teruk

Tuesday, December 11, 2012 | 11:25 AM

Ashley Young menyatakan bahawa Rio Ferdinand mungkin lebih cedera jika penyokong City itu tidak terjatuh sebelum berdepan dengan Rio di atas padang.

Persatuan Bola Sepak (FA) telah bertekad untuk menyiasati insiden yang telah berlaku setelah gol kemenangan United dalam pertemuan bersama City.

Ferdinand diserang oleh syiling yang dilempar oleh peminat City sebelum penjaga gawang tuan rumah, Joe Hart terpaksa melindungi pemain United itu dari penyokong yang berjaya memasuki padang sementara menunggu pegawai keselamatan menyelesaikan masalah.

"Jika rumput padang tidak basah apabila penyokong itu muncul di padang dan tidak terjatuh sebelum bertemu Rio, situasi mungkin berubah dan beliau mampu menyerang Rio," pemain sayap Manchester United, Ashley Young memberitahu MUTV.

"Apabila Wazza (Wyane Rooney) sedang menantikan tendangan sudut, terdapat beberapa barang yang dilempar di atas padang dan salah satu daripada itu terkena Rio dan hampir menyebabkan kecederaan parah.

"Saya mengharapkan kes akan diselesaikan dengan adil."

Ketua eksekutif Persatuan Pemain Bola Sepak, Gordon Taylor yakin bahawa insiden seperti itu telah menonjolkan kepentingan untuk meletakkan jaring diseluruh padang untuk melindungi para pemain.

Beliau berkata kepada BBC Radio 5 Live: "Saya berpendapat bahawa anda harus mempertimbangkan cadangan itu. Mungkin jaring harus diletakkan di seluruh stadium, tidak kira di belakang gawang gol atau sudut padang."

Persatuan Bola Sepak juga menyatakan bahawa mereka tidak akan mengalakkan kelakuan seperti itu dan akan mengambil tindakan serius.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger