1News Online:
Home » , » AC Milan Buru Jose Mourinho

AC Milan Buru Jose Mourinho

Wednesday, January 16, 2013 | 7:32 PM



AC Milan bersedia membuat kejutan. Mereka dikhabarkan sedang memujuk pengurus kontroversi milik Real Madrid, Jose Mourinho.

Jose Mourinho pernah mengecap kejayaan ketika membantu Internazionale pada akhir 2008 sehingga 2010. Dia berjaya membawa dua gelaran juara Serie A, satu Coppa Italia, dan satu trofi Liga Juara-Juara.

Kejayaan tersebut membuatkan Milan terpikat. Menurut laporan The Sun, kelab yang bertempat di San Siro itu sedang mempertimbangkan untuk membawa Mourinho pada awal musim 2013/14. Mereka berharap The Special One boleh mengulangi kejayaan semasa membela Inter.

Sebelum ini Milan memburu tanda tangan bekas pengurus Barelona, Pep Guardiola. Namun kerana terlalu banyak persaingan, mereka mengalihkan buruan kepada Mourinho.

Dalam beberapa bulan terakhir ini Mourinho dikhabarkan bakal meninggalkan Madrid kerana tidak lagi sesuai dengan suasana di Spanyol. Khabar angin tersebut semakin jelas setelah dia mengatakan ingin kembali melatih di liga Inggris.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger