LONDON - Pengurus Newcastle
United, Alan Pardew menyifatkan penyerang sensasi, Demba Ba akan menerima
kecaman hebat dari penyokong-penyokong fanatik mereka sekiranya meninggalkan
St. James Park pada jendela perpindahan pemain bulan ini.
Pemain utama Newcastle itu
dikaitkan bakal berhijrah ke Chelsea yang dilaporkan telah bersedia untuk
membayar klausa pelepasan kontrak bernilai £7.5 juta (RM36 juta).
Ba mahu meninggalkan The
Toons selepas Newcastle gagal meningkatkan tawaran pendapatan mingguan sebanyak
£40,000 (RM197,291).
Justeru, Pardew menganggap Ba
telah membuat keputusan pada masa yang tidak sesuai.
Ini kerana pemain berusia 27
tahun itu bakal menerima ejekan dari peminat-peminat Newcastle pada aksi
melayan kunjungan Everton esok.
"Sudah tentu mereka
(peminat-peminat) tidak rela menyaksikan Ba meninggalkan pasukan ini selepas
mempamerkan aksi cemerlang bersama Newcastle.
"Penyokong-penyokong
begitu teruja untuk melihat Ba kekal bersama Newcastle dan kami berharap dia
akan kekal bersama The Toons.
"Ada tawaran dari
pasukan gergasi dan difahamkan mereka sudah menghampiri untuk mengikat Ba namun
kami tetap percaya bahawa masih ada peluang untuk menghalang dia berhijrah dari
Newcastle.
"Ba akan memberikan
komitmen terbaik setiap kali diturunkan namun dia memilih jalan untuk
berhijrah. Sepatutnya dia perlu menilai setiap keputusannya lebih awal.
"Penyokong-penyokong
berhak tahu ke mana hala tuju Ba sekiranya dia berhijrah. Apa mereka mahukan
adalah kesetiaan bersama kelab.
"Newcastle merupakan
salah satu kelab yang besar dan mungkin dia perlu membuat sebarang kenyataan
kerana Ba tidak pernah memberitahu kepada saya untuk meninggalkan kelab
ini," ujar Pardew. - Agensi
Post a Comment