1News Online:
Home » » Elton John & David Furnish dapat Anak Kedua

Elton John & David Furnish dapat Anak Kedua

Thursday, January 17, 2013 | 4:20 PM



PASANGAN gay selebriti, Sir Elton John dan David Furnish, akhirnya mengesahkan yang mereka telah memperoleh anak lelaki yang kedua melalui ibu tumpang.

Akhbar tabloid Britain The Sun melaporkan, dalam surat beranak anak lelaki mereka itu, David Furnish telah dinamakan sebagai ‘ibu’ manakala Elton John sebagai bapa.

Sijil kelahiran itu dikeluarkan oleh negeri California, Amerika Syarikat di mana bayi tersebut dilahirkan.

Menurut The Sun, bayi itu dilahirkan di Pusat Perubatan Cedars-Sinai Los Angeles.

Undang-undang California membenarkan mereka yang mengambil anak tumpang dicatatkan sebagai ibu-bapa yang sah di dalam sijil kelahiran bayi.

Nama ibu tumpang itu dirahsiakan daripada pengetahuan umum tetapi pihak media mempercayai ia adalah ibu yang sama yang melahirkan anak lelaki pertama pasangan gay berkenaan.

Anak lelaki pertama mereka dinamakan Zachary. Zachary kini berusia dua tahun.

Bayi kedua ini telah dinamakan Elijah Joseph Daniel Furnish-John dilahirkan pada 11 Januari lalu.

Seorang lagi penyanyi gay terkemuka dunia, George Michael adalah di antara yang terawal yang mengirimkan perutusan tahniah dan jambangan bunga kepada pasangan Enton John-David Furnish di atas kelahiran bayi kedua mereka itu.

Elton, kini berusia 65 tahun manakala pasangannya, David, 50.

Mereka menjadi pasangan selebriti pertama Britain yang mengumumkan perkahwinan sejenis secara terbuka dan mendaftarkan perkahwinan mereka secara sivil. -Mstar
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger