1News Online:
Home » » Ferguson sedia bawa Lampard dan Cole

Ferguson sedia bawa Lampard dan Cole

Wednesday, January 2, 2013 | 3:30 AM



LONDON - Alex Ferguson bakal menawarkan peluang kepada Frank Lampard dan Ashley Cole untuk menyertai Manchester United jika mereka dipinggirkan oleh Chelsea.

Bos United itu menegaskan, dia mahu kedua-dua pemain tersebut di Old Trafford pada musim depan dan menggangap mereka sebagai pakej hebat yang ditolak oleh Blues.

Kontrak Lampard dan Cole bersama Chelsea bakal tamat pada akhir Jun ini, dan sehingga kini juara Eropah itu enggan mengemukakan tawaran kontrak baru untuk mengekalkan pemain senior mereka itu.

Ferguson percaya, kehadiran gandingan veteran itu mampu memberi impak besar kepada United, baik di atas padang, mahupun di luar padang.

Malah, jurulatih kelahiran Scotland itu juga difahamkan cuba memancing kedua-dua pemain tersebut pada pasaran perpindahan bulan ini, namun Chelsea enggan menjalankan sebarang urusniaga dengan mana-mana kelab Liga Perdana Inggeris.

Justeru, Ferguson tidak punya pilihan kecuali menunggu sehingga musim panas untuk menawarkan kontrak setahun kepada pasangan tersebut, sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk terus beraksi di peringkat tertinggi.

Selepas enggan bercakap dengan Lampard, 34, sepanjang musim ini, Chelsea akhirnya memberitahu bintang tengah England itu bahawa dia bebas untuk pergi secara percuma pada pasaran perpindahan bulan ini, tetapi hanya sekiranya tawaran hadir daripada China atau kelab dalam Liga Bolasepak Utama (MLS) di Amerika Syarikat.

Kelab London itu menghalang sebarang tawaran yang datang dari United bulan ini, selain enggan melayani tawaran kontrak dua tahun daripada Queens Park Rangers (QPR).

Cole pula mempunyai pilihan untuk menyertai gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid atau gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) yang bersedia untuk memulakan rundingan dengannya.

Bagaimanapun Ferguson percaya, dia mampu menyambar pemain pertahanan berusia 32 tahun itu menerusi yuran perpindahan percuma pada musim panas nanti. - Agensi
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger