1News Online:
Home » » Ikan Paus Pembunuh Terperangkap Bawah Ais

Ikan Paus Pembunuh Terperangkap Bawah Ais

Friday, January 11, 2013 | 7:46 AM



MONTREAL: Berpuluh-puluh ikan paus pembunuh terperangkap di dalam ais laut.

Justeru penduduk terpencil di Inukjuak, Quebec menggesa orang ramai supaya menghulurkan bantuan bagi menyelamatkan haiwan tersebut.

Seorang penduduk berkata, haiwan mamalia itu berkumpul di dalam sebuah lubang yang dilitupi ais sebesar sebuah trak pikap.

Datuk Bandar Peter Inukpuk menggesa kerajaan Kanada pada Rabu untuk menghantar kapal pemecah ais dengan kadar segera.

Jabatan Laut dan Perikanan wilayah itu berkata, sekumpulan kakitangannya telah dihantar untuk mengeluarkan puluhan ikan paus tersebut.

"Pihak kami sedang meneliti masalah itu dan sedang memikirkan apa yang perlu dilakukan sebagai saja kakitangan kami tiba di sana nanti, " kata jurucakap jabatan tersebut, Frank Stanek.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger