1News Online:
Home » , » Iniesta Tak Pernah Ada Niat Memalukan Lawan

Iniesta Tak Pernah Ada Niat Memalukan Lawan

Wednesday, January 9, 2013 | 7:53 PM


Tuduhan serong menimpa pemain tengah Barcelona, Andres Iniesta. Menurut pengkritik, setiap kali menggelecek, pemain berusia 28 tahun itu sering kali mempamerkan kemampuan menggelecek bola yang dimilikinya dengan maksud merendahkan lawan.

Dituduh seperti itu, Iniesta membantah. Dia menegaskan tidak pernah mempunyai maksud merendahkan sesiapa pun semasa perlawanan. Malah sebaliknya, dia mengaku selalu menaruh  rasa hormat kepada semua orang.

"Saya tidak ingin dilihat seperti itu. Apa yang saya lakukan bukan untuk memalukan sesiapa pun, apatah lagi kepada rakan-rakan. Saya tidak pernah membayangkan ingin memalukan mereka di padang," tegas Iniesta.

"Saya bermain kerana saya cinta permainan ini. Setiap yang saya lakukan adalah murni menunjukkan keselesaan dalam bermain. Tidak pernah bermaksud untuk memalukan sesiapa. Mereka semua layak mendapat rasa hormat dari saya," tambahnya.

Kemampuan teknik Iniesta memang luar biasa. Dia mempunyai kebolehan menggelecek bola yang baik. Bahkan, kemampuannya menggelecek bola di tengah kepungan pemain lawan diibaratkan sebagai kewujudan  tokoh kartun bola sepak terkenal Kapten Tsubasa.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger