1News Online:
Home » » Jason Trawick & Britney Spears Putus Tunang

Jason Trawick & Britney Spears Putus Tunang

Wednesday, January 9, 2013 | 11:39 PM



PASANGAN Britney Spears dan Jason Trawick dilaporkan telah memutuskan hubungan mereka selepas penyanyi itu dilihat tidak lagi memakai cincin pertunangan.

Daily Mail melaporkan Britney dan Jason juga dikatakan sudah lagi tidak tinggal bersama dan telah membawa haluan masing-masing.

Malah menurut sumber terdekat pasangan itu, mereka juga sering bertengkar gara-gara Britney menolak untuk mempunyai anak dengan Jason.

"Masalah di antara mereka telah berlaku lama dan menjadi rumit kerana Britney enggan mempunyai anak dengannya," ujarnya.

Britney sebelum ini pernah berkahwin dengan penari, Kevin Faderline dan mempunyai dua anak lelaki iaitu Jayden dan Preston.

Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger