1News Online:
Home » , » Jose Mourinho Lakukan Kekerasan Terhadap Peminat

Jose Mourinho Lakukan Kekerasan Terhadap Peminat

Tuesday, January 15, 2013 | 8:01 PM


Jose Mourinho kembali ditimpa masalah gara-gara sikapnya yang panas baran. Pelatih Real Madrid itu dikhabarkan sedang disiasat pihak polis kerana mengasari seorang peminat.

Dia sedang dalam siasatan polis Madrid setelah dituduh menendang peminat di bahagian punggung di sebuah pusat beli belah, pertengahan minggu lalu. "Kami sedang menyesiasatnya," kata salah orang polis di Madrid, akhir minggu lalu.

Peristiwa itu berlaku ketika Mourinho bersama keluarganya berbelanja di sebuah pusat beli belah di Madrid. Dengan diiringi beberapa pengawal peribadi, kehadiran pengurus dari Portugal itu menjadi perhatian utama pengunjung pusat beli belah yang lain.

Salah satu peminat kemudian berusaha menghampiri Mourinho dan keluarganya untuk menangkap gambar bersama menggunakan telepon bimbitnya. Namun permintaan peminat itu membuatkan The Special One marah. Mourinho kemudian menendang bahagian punggung peminat malang tersebut.

Parahnya lagi, pengawal peribadi bekas pengurus Chelsea itu dikhabarkan melempar telepon bimbit milik peminat itu ke lantai.

Pihak polis Madrid seperti diberitakan Tribunnews.com, memastikan sedang melakukan penyisatan. Namun Mourinho menolak dia telah menendang peminat tersebut.

Laporan Tribunnews
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger