1News Online:
Home » , » Jose Mourinho Tidak Perduli Walaupun Dimusuhi Peminat

Jose Mourinho Tidak Perduli Walaupun Dimusuhi Peminat

Monday, January 7, 2013 | 12:01 PM


Pengurus kontroversi, Jose Mourinho, menyatakan sikap tidak takut terhadap peminat yang mula memusuhi dirinya. Mourinho menganggap itu bukanlah masalah selagi mereka masih menyokong Real Madrid.

Mourinho kembali menjadi sasaran kemarahan peminat ketika dia memilih Antonio Adan. Terlebih dahulu, Adan di buang padang kerana dikenakan kad merah ketika perlawanan baru berlangsung enam minit. Mourinho merasa itu bukanlah masalah besar bagi dirinya kerana yang paling penting para peminat masih dilihat cintakan kepada pasukan.

Para peminat bersorak ke arah Mourinho kerana mereka tidak setuju dengan keputusan pengurus yang lebih memilih Antonio Adan berbanding penjaga gol utama, Iker Casillas.

"Ini sungguh pelik ketika para penonton bersorak kepada saya sebelum perlawanan bermula kemudian menyokong pasukan semasa perlawanan. Saya tegaskan, para peminat tidak memiliki masalah dengan Adan tetapi dengan saya. Sorakan mereka itu ditujukan untuk saya," kata Mourinho.

"Menurut saya, selama ini ada rasa tidak hormat kepada Adan. Dia adalah pemain dari pasukan junior dan telah berada di Real Madrid selama 16 tahun. Seperti ada masalah ketika saya cuba untuk memberi Adan kepercayaan," kata Mourinho.

Namun, sayangnya perlawnan Adan dikenakan kad merah. Adan dianggap pengadil melakukan pelanggaran keras terhadap Carlos Vela dalam kotak penalti.

"Saya rasa Varane membuat hantaran yang lemah sehingga Adan membuat kesalahan. Saya setuju Sociedad diberi hadiah penalti tetapi kad merah itu terlalu keterlaluan."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger