Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak diarah menyediakan
laporan terperinci berhubung insiden sebuah kenderaan pacuan empat roda milik
agensi itu yang rentung dibakar orang awam di Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Ayer
Tawar Jumaat lalu.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata,
laporan tersebut perlu diserahkan kepada kementeriannya dalam tempoh seminggu.
“Pelbagai versi cerita telah keluar. Apa yang terjadi di
Ayer Tawar terpulang kepada pihak polis untuk siasat.
“Saya tidak melindungi sesiapa pun dan yang paling baik
tunggu polis beritahu apa sebenarnya berlaku,” katanya kepada pemberita di sini
semalam.
Beliau mengulas kejadian sebuah kenderaan pacuan empat roda
JPJ yang remuk dan rentung angkara tindakan agresif orang awam yang berang
selepas kenderaan itu didakwa menjadi punca kemalangan membabitkan lapan
kenderaan lain.
Beberapa saksi mendakwa kenderaan Toyota Fortuner yang
dinaiki tiga penguat kuasa JPJ dari arah Sitiawan itu secara tiba-tiba
menyeberang pembahagi jalan untuk menahan sebuah lori membawa muatan kelapa
sawit di laluan bertentangan.
Post a Comment