1News Online:
Home » » Justin Bieber Kena Saman Pengawal Peribadi RM1.3 Juta

Justin Bieber Kena Saman Pengawal Peribadi RM1.3 Juta

Saturday, January 12, 2013 | 11:16 PM


PENGAWAL peribadi kepada Justin Bieber telah mengemukakan saman terhadap penyanyi remaja itu kira-kira RM1.3 juta kerana kegagalannya membayar elaun kerja lebih masa, elaun percutian dan pelbagai faedah lain.

Moshe Benabou dalam tuntutan mahkamahnya mendakwa, semasa bekerja dengan penyanyi berusia 18 tahun itu, Justin turut melepaskan perasaan marah sesuka hati serta menumbuk dadanya beberapa kali pada Oktober tahun lalu.

New Fox melaporkan, masalah tersebut tercetus kerana kedua-dua mereka gagal mencapai kesepakatan berkaitan urusan menguruskan anggota pengiring.

Tuntutan itu juga turut merangkumi tindakan Bieber yang memecatnya.

Benabou turut memberitahu telah berlaku kesilapan apabila dia tidak diberikan hak untuk menerima upah lebih masa walaupun bekerja 14 hingga 18 jam sehari di antara bulan Mac 2011 dan Oktober 2012. – Newkerala.com/ Mstar
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger