1News Online:
Home » » Katie Holmes Sudah Ada Pengganti Tom Cruise

Katie Holmes Sudah Ada Pengganti Tom Cruise

Friday, January 4, 2013 | 12:32 AM



TIDAK lama selepas bercerai dengan Tom Cruise, bintang Katie Holmes dikhabarkan sudah mempunyai kekasih baru iaitu Jake Gyllenhaal.

Menurut laporan portal DigitalSpy, Katie beberapa kali dilihat menikmati makan malam bersama malah ibu beranak satu ini pernah mengunjungi apartmen Jake di New York.

Difahamkan kedua-dua mereka berkenalan menerusi aktor Joshua Jackson, pasangan Katie dalam drama bersiri Dawson's Creek yang ingin membantu sahabatnya melalui saat-saat sukar selepas bercerai dengan Tom.

Bagaimanapun, jurucakap Katie menafikan khabar angin tersebut dan menegaskan bahawa kedua-duanya tiada ikatan hubungan yang terjalin.

Bukan sahaja Katie memulakan langkah baru menjalinkan hubungan dengan lelaki lain, Tom juga dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang pengurus restoran bernama Cynthia Jorge.

Bagaimanapun hal tersebut dinafikan oleh jurucakap Tom.

Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger