1News Online:
Home » » Kim Kardashian Mengandungkan Anak Kanye West

Kim Kardashian Mengandungkan Anak Kanye West

Wednesday, January 2, 2013 | 12:41 AM




KHABAR gembira buat keluarga Kardashian apabila Kim dan kekasihnya, Kanye West dijangka bakal mendapat cahaya mata tidak lama lagi.

Menurut laporan E! Online, keluarga Kardashian telah mengesahkan berita tersebut, walaupun pada minggu lalu, Kanye telah mengumumkan Kim disahkan mengandung di depan penonton konsertnya di Atlanta City.

"Memiliki ahli keluarga yang ramai amat sukar untuk kami menyimpan rahsia, lebih-lebih lagi apabila kami terlalu teruja! Cinta adalah segala-galanya!," beritahu Khloe Kardashian menerusi laman Twitter miliknya.

Kourtney pula memberitahu, dia tidak sabar melihat seorang lagi yang bakal menjadi ahli keluarganya.

Dikhabarkan, usia kehamilan Kim sudah pun berusia 12 minggu.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger