1News Online:
Home » , » Madrid Kelab Yang Sempurna: Ronaldo

Madrid Kelab Yang Sempurna: Ronaldo

Thursday, January 10, 2013 | 9:00 PM

Sejak membawa Real Madrid layak ke pusingan suku akhir Copa del Rey, pemain bintang Madrid, Cristiano Ronaldo, merasa bahawa pasukannya  adalah pasukan yang sempurna.

Menurut pemain dari Portugal tersebut, Madrid mampu mengawal perlawnan dengan sempurna dan mengendalikan permainan dengan baik ketika menghadapi Celta Vigo. Dia juga bangga kerana boleh memberikan kepercayaan diri yang lebih besar pada perlawanan yang berakhir dengan 4-0 tersebut.

"Kami bermain dengan baik dan terus berjuang untuk layak ke pusingan seterusnya," kata Ronaldo dalam laman rasmi Madrid.

Pada perlawanan pusingan 16 pasukan Copa del Rey tersebut, Ronaldo berjaya menjaringkan tiga dari empat gol Madrid ke gawang Celta Vigo. Dia berasa suka ke atas pretasinya yang semakin baik  sejak cuti separuh musim.

"Saya berasa jauh lebih baik. Kami telah berlatih dengan baik. Kami ingin terus memperbaiki penampilan sehingga akhir musim," kata Ronaldo.

"Saya juga akan bermain sebaik mungkin untuk membantu pasukan meraih kejuaraan di Copa del Rey, Liga Juara-Juara, dan melakukan yang terbaik di La Liga."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger