1News Online:
Home » , » Pemain Terbaik Jerman 2012, Mesut Oezil

Pemain Terbaik Jerman 2012, Mesut Oezil

Wednesday, January 9, 2013 | 11:37 AM


Penyerang Real Madrid, Mesut Oezil, dipilih peminat Jerman sebagai pemain terbaik pasukan antarabangsa Jerman pada 2012. Pemain berusia 24 tahun itu unggul de depan penyerang veteran Lazio, Miroslav Klose, dan pemain tengah penuh bakat milik Borussia Dortmund, Marco Reus.

Pemilihan pemain terbaik pasukan antarabangsa Jerman dilakukan mengikut pilihan suara di laman rasmi Federal Bola Sepak Jerman (DFB). Seperti yang diberitakan AS, Mesut Oezil terpilih menjadi yang paling terbaik setelah memperolehi 32,49% suara.

Oezil unggul jauh di depan Miroslav Klose yang berada di posisi kedua dengan 13,89%. Klose bersaing  rapat dengan Marco Reus yang berada di tempat ketiga dengan meraih 13,1% suara.

Anugerah ini adalah yang kedua bagi Oezil setelah sebelum ini juga terpilih sebagai pemain kesukaan peminat Jerman pada 2011. Bekas pemain Schalke dan Werder Bremen itu mampu menjaringkan lima gol dalam empat perlawnan terakhir untuk membawa pasukan Panser berada di puncak kumpulan Grup C di pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 zon UEFA.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger