1News Online:
Home » , , » Pemilik City Peminat Nombor 1 Balotelli

Pemilik City Peminat Nombor 1 Balotelli

Wednesday, January 2, 2013 | 3:34 AM


MANCHESTER - Pemilik Manchester City, Sheikh Mansour mendedahkan penyerang kontroversi, Mario Balotelli tidak akan meninggalkan Etihad pada musim perpindahan ketika ini.

Ini kerana Mansour menganggap beliau adalah peminat No.1 pemain kebangsaan Itali tersebut.

Terdahulu, Balotelli dikaitkan ke AC Milan selepas kelab gergasi Itali itu bersedia untuk membantu penyerang bermasalah The Citizen tersebut.

Begitupun, pengurus City, Roberto Mancini berkata: "Mansour sangat meminati Balotelli kerana beliau mengetahui bakat selain yakin dia akan mengangkat nama City di seluruh dunia.

"Kami perlu sedar bahawa Balotelli adalah salah satu pemain dalam pelaburan skuad ini dan kami tidak akan membenarkan dia meninggalkan City.

"Saya fikir Balotelli akan kekal tetapi masa depan City bergantung kepadanya sebagaimana dia akan muncul sebagai salah satu pemain penting buat kami," ujar Mancini.

Terdahulu, hubungan Balotelli dengan majikan menjadi dingin selepas penyerang berusia 22 tahun itu mengugut untuk mendakwa kelab tersebut kepada tribunal atas kesalahan denda masalah disiplin.

Namun, dia kembali mengugurkan dakwaan itu. Begitupun, Mancini menegaskan hubungan Balotelli dan City kekal baik di antara mereka.

"Hubungan saya dengan Balotelli sentiasa baik. Saya sangat menyayangi Balotelli kerana saya menyaksikan dia membesar sebagai pemain bola sepak.

"Namun dalam dunia profesional, saya perlu tegas dan memberitahu kepada Balotelli supaya memberikan persembahan terbaik kepada skuad ini," katanya. - Agensi
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger