1News Online:
Home » » Pemuda masuk dalam tangki elak tangkap JAIS

Pemuda masuk dalam tangki elak tangkap JAIS

Wednesday, January 2, 2013 | 3:38 AM




Seorang lelaki berusia 20-an sanggup bersembunyi di dalam sebuah tangki air di hotel bajet di Sekama di sini bagi mengelak ditangkap penguat kuasa Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) kerana berkhalwat dengan teman wanitanya kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, sekumpulan penguat kuasa JAIS melakukan pemeriksaan di hotel tersebut dan menemui seorang wanita berusia 20-an bersendirian di dalam sebuah bilik.

Namun, penguat kuasa tersebut curiga apabila menemui beberapa barangan milik lelaki seperti jam tangan, baju, topi keledar dan kasut di dalam bilik itu manakala tingkap bilik yang terletak di tingkat lima itu didapati terbuka.

Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger