1News Online:
Home » , » Rakan-Rakan Sedih Atas Kegagalan Ronaldo

Rakan-Rakan Sedih Atas Kegagalan Ronaldo

Tuesday, January 8, 2013 | 9:51 PM


Kegagalan Ronaldo dalam meraih gelaran FIFA Ballon d'Or 2012 membawa kesedihan tersendiri bagi rakan-rakannya. Marcelo salah satunya. Menurutnya, Ronaldo sepatutnya meraih gelaran pemain terbaik dunia tersebut.

Kapten pasukan Portugal tersebut terpaksa berada di belakang bintang Barcelona, Lionel Messi, yang berjaya meraih rekod dengan empat gelaran berturut-turut. Pada 2011 Ronaldo juga hanya menduduki tempat kedua di bawah Messi.

"Cristiano Ronaldo gagal menjadi pemain terbaik. Akan tetapi, kami tahu bahawa dia adalah pemain yang luar biasa dan mampu melakukan banyak perkara," kata Marcelo dalam Website Rasmi Real Madrid.

"Cristiano (Ronaldo) telah banyak membantu Madrid dan saya ingin dia yang memenangi gelaran. Saya yakin dia akan membawa Madrid menjadi lebih baik," tambah Marcelo.

Bukan hanya Marcelo, rakan satu kelab Ronaldo yang lain, Sergio Ramos dan Iker Casillas, juga mengatakan hal yang sama. Mereka mengaku merasa sedih ke atas kegagalan Ronaldo.

"Kami berharap Cristiano (Ronaldo) boleh meraih gelaran keduanya. Akan tetapi itu perkara itu tidak berlaku, padahal dia adalah seorang pemain hebat. Kegagalan Ronaldo ini menjadi kesedihannya tersendiri," kata Ramos.

Ronaldo pernah meraih gelaran FIFA Ballon d'Or pada 2008. Dia berjaya menduduki posisi kedua sebanyak tiga kali, iaitu pada 2007, 2011, dan 2012.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger