1News Online:
Home » , » Real Madrid Hilang Sabar Dengan Kaka

Real Madrid Hilang Sabar Dengan Kaka

Wednesday, January 16, 2013 | 1:30 PM



Menyusul kad merah yang diterima Kaka pada perlawanan yang berkesudahan seri 0-0 menentang Osasuna, pihak Real Madrid dikhabarkan telah hilang sabar ke atas pemain dari Brasil itu. Pengurusan kelab mempertimbangkan untuk menjual Kaka secepat mungkin.

Bekas playmaker AC Milan, Kaka, gagal bersinar bersama Real Madrid. Sepanjang musim, dia kerap diberitakan akan segera meninggalkan kelab dan telah diminati oleh beberapa kelab lain.

Namun, pihak kelab sebelum ini menegaskan tidak akan menjual Kaka. Dia masih ikut berlatih dan terus menjadi pemain pengganti. Kini sebaliknya, khabar terakhir menyebutkan kelab sudah penat dan pemain bernama penuh Ricardo Izecson dos Santos Leite baru saja menerima kad merah.

Kaka menerima kad merah pada perlawanan menentang Osasuna. Masa itu dia baru saja bermain empat minit pada babak kedua dan Real Madrid sangat memerlukan gol ketika itu. Kini Real Madrid telah membuka pintu bagi kelab lain yang akan menawarkan Kaka.

Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger