1News Online:
Home » » Real Madrid letak Harga Tinggi Untuk United

Real Madrid letak Harga Tinggi Untuk United

Tuesday, January 1, 2013 | 8:52 AM




MADRID - Manchester United tidak perlu menanggung kos 122 juta pound (RM604 juta) untuk mendapatkan kembali Cristiano Ronaldo (gambar) dari Real Madrid.

Jika benar Ronaldo mahu meninggalkan Bernabeu, maka Real sudah pasti akan menurunkan harga permintaan mereka.

Namun Real dikatakan meminta pertukaran pemain sebagai ganti dalam rundingan nanti.

Yuran perpindahan dijangka mungkin dikurangkan kepada hanya 60 juta pound (RM297 juta) dengan David de Gea yang kini menjadi sasaran Real, serta pemain sayap Nani, menuju ke destinasi berasingan.

Laporan akhbar SunSport sebelum ini menggemparkan dunia bola sepak apabila mendedahkan bahawa Ronaldo telah membuat perakuan kepada bekas rakan sepasukan Manchester United bahawa dia berminat untuk kembali ke Old Trafford.

Laporan susulan akhbar itu kemudiannya mendedahkan bagaimana Ronaldo, yang kontraknya kini berbaki dua tahun selepas tamat musim ini, membuat tuntutan untuk meninggalkan Real.

Pendedahan itu diperkukuhkan lagi apabila akhbar sukan harian Madrid, AS pula menyiarkan berita mengenai Ronaldo tidak akan memperbaharui kontrak baharu dengan memetik sumber yang rapat dengan bintang Portugal itu.

Terdapat dua kemungkinan berhubung spekulasi ini. Pertama sama ada Ronaldo memang mahu berhijrah atau ia hanya sandiwara yang dirancang bersama ejennya, Jorge Mendes.

Niat mereka cuma untuk menggusarkan Real bagi menaikkan tawaran gaji mencecah sehingga 25 juta pound (RM124 juta) setahun untuk Ronaldo kekal.

Namun jika Ronaldo benar berhajat untuk berpindah, hanya ada dua perkara yang mendorongnya iaitu sama ada menyertai United atas sebab bola sepak atau ke Paris St. Germain kerana wang.

United mungkin tidak keberatan membayar gaji lumayan mencecah 300,000 pound (RM1.49 juta) seminggu untuk khidmat seorang bintang terbaik dunia sepertinya.

Angka itu tampak luar biasa, namun hasil jualan jersi pasti dapat membiayai pembayaran gaji tersebut malahan menjana keuntungan tambahan.

Namun jika Ronaldo memilih untuk ke PSG, dia akan menerima gaji 500,000 pound (RM2.47 juta) seminggu.

Pengurus United, Alex Ferguson sedar urusan perpindahan ini boleh menjadi kenyataan, selagi niat Ronaldo adalah ikhlas.

Ferguson mengakui dia masih berhubung dengan bekas anak buahnya itu dan hubungan mereka masih rapat. - AGENSI
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger