1News Online:
Home » » Samsung Elektronik akan cipta perniagaan baru

Samsung Elektronik akan cipta perniagaan baru

Monday, January 7, 2013 | 1:10 AM



Pengerusi Samsung Electronics Co, Lee Kun Hee menggesa kakitangannya untuk membangunkan perniagaan baru yang boleh membantu pengeluar terbesar telefon pintar dan televisyen dunia itu berdepan ekonomi global yang perlahan dan meningkatkan persaingan.

“Terdapat pertandingan sedang berjalan bagi syarikat global merentasi semua kawasan daripada produk, teknologi, pembangunan dan pengambilan pekerja yang berbakat bagi mengelakkan pertikaian paten,” kata Lee menurut rumusan ucapan yang diberikan kepada kakitangannya semalam.
“Pasaran adalah besar dan peluang terbuka luas, jadi kita patut mencari perniagaan baru supaya masa depan Samsung lebih terjamin,” katanya.


Cipta peluang pekerjaan

Samsung Group yang mengendalikan 82 syarikat bersekutu dan menjana kira-kira 20 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Korea Selatan patut menjana pelaburan dan mencipta peluang pekerjaan baru, kata Lee menurut rumusan yang diedarkan oleh Samsung Group menerusi email.

Unit elektronik utama kumpulan itu, Samsung Elektronik yang berpangkalan di Suwon adalah penjual terbesar telefon pintar, televisyen, cip memori dan paparan panel rata di dunia.

Samsung menghantar satu daripada setiap empat telefon bimbit dalam suku ketiga, menurut penyelidk IDC dan ia menjual satu daripada setiap empat televisyen skrin rata, menurut data daripada DisplaySearch.
Syarikat elektronik pengguna terbesar di Asia itu mencatatkan rekod 165 trilion won (RM471 bilion) pendapatan dalam tahun 2011.

Ia diramalkan meningkat kepada 201.2 trilion won (RM575 bilion) menurut purata jangkaan 43 penganalisis yang dikumpulkan Bloomberg.

Syarikat itu akan mengeluarkan jangkaan pendapatan suku keempatnya awal minggu depan. - Bloomberg. Berita Harian

Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger