1News Online:
Home » » Snoop Lion Bersedia Ajar Anak Cara Ambil Dadah

Snoop Lion Bersedia Ajar Anak Cara Ambil Dadah

Monday, January 7, 2013 | 12:42 AM



NOOP DOG yang kini telah mengubah namanya kepada Snoop Lion mengakui dia tidak akan ragu-ragu untuk mengajar ketiga-tiga anaknya mengambil dadah.

Menurut laporan portal The New Musical Express, penyanyi rap itu berkata, walaupun tidak mahu anaknya terjebak dengan ganja, namun dia tidak akan melarang jika anaknya itu mengambil marijuana.

"Saya bukannya mahu mereka terjebak dalam dadah, namun jika mereka mahu, saya akan menunjukkan cara pengambilan yang betul agar tidak menggunakannya sebarangan sehingga terlebih dos.

"Kalau boleh saya mahu mereka tahu informasi tentang dadah, agar tidak terkena dengan benda-benda yang menakutkan," katanya.

Kenyataan penyanyi itu membuatkan segelintir peminatnya kurang senang dengannya.

Sementara itu, Snoop Lion telah mengubah aliran muzik reggae, bersesuai dengan pengubahan nama barunya itu. Mstar
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger