1News Online:
Home » , , » Suarez seperti Messi

Suarez seperti Messi

Friday, January 4, 2013 | 10:18 AM


'LONDON - Boss Liverpool, Brendan Rodgers membandingkan Luis Suarez dengan Lionel Messi selepas bintang penyerangnya itu menjaringkan dua gol ketika membenam Sunderland 3-0, semalam.

"Dia bijak mencari ruang dalam sistem yang kami gunakan. Ia sesuatu yang menakjubkan melihat bagaimana dia membangun, malah banyak lagi yang akan datang daripadanya,'' katanya.

Penyerang antarabangsa Uruguay itu turut menjaringkan dua gol ketika membantu pasukannya menumpaskan Queens Park Rangers (QPR) 3-0, Ahad lalu.

Rodgers turut menambah: "Saya ada bercakap dengan (pengurus QPR) Harry (Redknapp) pada pagi selepas perlawanan kami dan kedua-dua kami bersetuju bahawa Suarez mempunyai karakter seperti Messi.

"Dia memiliki semangat yang sama. Dia adalah pemain yang tidak pernah puas dengan bola sepak, apabila saya memberinya rehat pada awal musim, dia tidak mahu.

"Dia tidak mahu berehat, dia adalah pemain yang mahu beraksi dua atau tiga kali seminggu untuk berada pada tahap terbaik, satu perlawanan seminggu tidak cukup bagus buatnya.

"Dia perlu bermain dan anda boleh nampak respons daripadanya. Prestasinya tidak pernah jatuh, dia benar-benar seorang pemain yang beraksi untuk pasukan dan berlatih setiap hari."

Rodgers turut menambah, Suarez jarang berada dalam bilik rawatan kerana tahu bagaimana hendak menjaga dirinya.

"Dia akan keluar dan memberikan persembahan terbaik sepanjang masa, setiap kali bola bergerak dia akan mencari ruang, dan ketika itu sukar untuk pemain lawan mengawasinya,'' ujarnya lagi.

Kemenangan ketiga Liverpool dalam tempoh cuti ini semalam melonjakkan juara Eropah lima kali itu ke tangga kelapan Liga Perdana Inggeris.

"Sembilan mata daripada 12 perlawanan adalah keputusan yang baik. Kami perlukan sebanyak mungkin mata sebelum liga berehat dan disambung semula." - AGENSI
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger